Harga ayam semakin melampau dan sukar diterima khususnya masyarakat bawahan. Di Johor Baru, harga ayam proses mencecah RM 8.10 sekilo dan dijangka akan meningkat lagi 30 sen dalam masa terdekat.
Persoalannya, kenapa harga ayam semakin tinggi seperti tidak ada tanda akan turun lagi? Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharum memberikan alasan bahawa musim cuti sekolah memang sering menjadi pendorong kenaikan harga bahan makanan tersebut selain sikap sesetengah peniaga yang cuba mengaut untung berlebihan.
Walaupun Datuk Mohd Johari memberikan komitmen bahawa "FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) akan memastikan harga serta bekalan bahan makanan ini di pasar-pasar tani dipantau dan dikawal namun ia masih lagi tidak dapat dilaksanakan.
Sebentar tadi saya mendapat maklumat bahawa harga ayam di ladang naik dan pemborong mendapatkan harga RM6.90 dan seterusnya mendorong penetapan harga lebih mahal di peringkat peruncit. Jika harga ayam yang dijual oleh pemborong telah mencecah RM 6.90 maka apakah harga jualan kepada pengguna akan dijual pada harga yang sama dengan harga itu?
Apabila harga semakin mendadak naik sehingga mencemaskan pengguna maka pada 7 Jun 2011 maka seperti kebiasaannya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan bahawa pasukan pemantau akan bertindak untuk memastikan peniaga yang mengambil bahagian menjual barangan mereka pada harga yang berpatutan. Cuma bezanya, kali ini ia dipantau melalui portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB) yang akan mengemas kini sebarang perubahan harga secara harian oleh seramai 1,200 pegawai pemantau harga (PPH) dari KPDNKK.
Sebelum itu, pada 21 Mei 2011 Timbalan Menteri KPDNKK telah menasihatkan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam ekoran permintaannya yang tinggi ketika ini. Datuk Tan Lian Hoe berkata, peniaga tidak sepatutnya berbuat demikian hanya kerana kementerian tidak boleh mengawal harga ayam pada waktu biasa kerana ia ditentukan berdasarkan permintaan dan bekalan.
Isu kenaikan harga sebelum itu telah dibangkitkan iaitu sekitar bulan Mac 2011 yang mana harga ayam mencecah sehingga purata RM8.20 satu kilogram namun pada ketika itu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan harga ayam yang naik mendadak sehingga sekarang akan kembali normal menjelang April.
Apa pun alasan dan cadangan bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga ayam ini, saya ingin mendapatkan penjelasan seperti berikut :
1. Kenapa kerajaan tidak mampu mengawal kenaikan harga ayam?
2. Adakah alasan yang diberikan oleh penternak sebenarnya berasas dan tidak mampu ditolak oleh kerajaan?
3. Adakah kenaikan ini adalah kesan daripada penyelarasan subsidi seperti mana yang telah diumumkan oleh kerajaan?
4. Adakah kerajaan telah mewujudkan Program Stok Penimbal Ayam seperti yang pernah dicadangkan
Kenaikan harga ayam perlu ditangani segera!

Ayam naik sebab nilai kertas turun disebabkan Kerajaan BN gagal urus matawang.
BalasPadamsekiranya matawang tiada masalah.
Kawalan harga adalah tidak perlu sebab bercanggah dengan:-
“Harga barang telah menjadi mahal di Madinah pada suatu ketika di zaman Rasulullah s.a.w. Maka orang ramai pun berkata: “Wahai Rasulullah! Harga barang telah mahal, tetapkan harga untuk kami”. Jawab Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga, yang menyempit dan melimpahkan (kurniaan), yang maha memberi rezeki. Sesungguhnya aku berharap untuk menemui Allah dalam keadaan tiada seorang pun dalam kalangan kamu yang menuntut daripadaku haknya yang dizalimi samada pada darah atau harta”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Darimi dll. Dinilai sahih oleh al-Albani