Salam perjuangan,
Kerana dikatakan terlibat dengan parti pembangkang dan menyediakan prasarana dalam pilihanraya negeri Sarawak pada tahun lalu, maka seorang OKU. Sepucuk surat yang didakwa ditandatangani oleh Menteri Muda Pertanian
Sarawak Datuk Mong Dagang yang mengarahkan bantuan kerajaan kepada
seorang lelaki kurang upaya dihentikan atas tuduhan menyokong
pembangkang telah menimbulkan kemarahan warga maya yang dimuatnaikkan di dalam facebook.
Surat ini dikeluarkan oleh Menteri Muda
Pertanian (Penyelidikan dan Pemasaran), Sarawak dengan tajuk surat "Memberhentikan segala bantuan kerajaan - Encik Frusis Lebi dari
Entualang Entawa, Sri Aman".
Berpandukan kepada surat yang dimuatnaik ini, satu arahan telah dibuat oleh Menteri Muda ini kepada Penolong Pengarah Jabatan Pertanian Sri Aman supaya semua bentuk bantuan kerajaan untuk Frusis, yang dikenal pasti sebagai orang kurang upaya dalam surat itu, diberhentikan serta-merta. Alasan yang dberikan adalah kerana beliau menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri 2011.
Kita menunggu jawapan daripada Menteri tersebut untuk menafikan surat tersebut sekiranya ia adalah surat palsu. Namun, ia adalah budaya yang sering diamalkan di dalam pentadbiran BN sehingga pernah saya dedahkan sekeping surat yang dikeluarkan oleh Ketua Umno Bahagian Batu Pahat yang meminta agar Jurutera
Daerah JKR Batu Pahat meneliti senarai nama kontraktor yang telah
disenaraihitamkan kerana mereka ini adalah penyokong kepada parti
pembangkang. Surat tersebut bertarikh 14 Mac 2007.
Sebab itu, tidak pelik jika Najib Tun Razak merayu-rayu dan memohon maaf kepada rakyat di Baling, Kedah baru-baru ini kerana mereka telah banyak menzalimi rakyat dan mohon agar rakyat memberikan peluang sekali lagi kepada BN untuk terus berkuasa.
Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ulasan
Catat Ulasan