Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Mungkin ramai daripada kita tidak tahu tentang perkembangan yang sedang berlaku di Myanmar khususnya penindasan dan kezaliman terhadap orang Rohingya yang ditindas, diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pemerintah di sana.
Faktornya, media kerajaan menutup maklumat daripada terkeluar daripada Myanmar. Dalam masa yang sama, kita di Malaysia kurang prihatin dengan perkembangan ini walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh kumpulan NGO di Malaysia.
Justeru pada hari Jumaat ini, Dewan Pemuda PAS akan menggerakkan jentera pemuda untuk mengadakan himpunan aman di seluruh negara bagi menyatakan sikap kita terhadap kezaliman ini.
Saya menggesa Pemuda PAS di seluruh negara akan dapat turut serta bagi menjayakan misi ini.
Sebagai maklumat awal, pembaca boleh meneliti satu tulisan daripada Dr Zainur Rashid yang telah sana ambil daripada blog beliau, http://sozcyili.blogspot.com/2012/06/siapakah-umat-islam-rohingya.html
Wassalam
----------------------------------------------
Ummah yang dilupakan…..
Sekiranya kita melakukan tinjauan di kalangan umat islam hari ini dan
bertanya mengenai umat Islam yang tertindas, nescaya kita akan mendapat
jawapan Palestin,
Afghanistan, Iraq, Chechnya dan sebagainya. Namun tidak ramai di
kalangan kita yang menginsafi terhadap permasalahan umat Islam Rohingya.
Selama beberapa dekad, orang-orang Rohingya telah menjadi mangsa
pelanggaran hak asasi manusia yang sistematik dan meluas di tangan junta
tentera Myanmar (Burma).
Dalam satu laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Pusat Hak Asasi
Manusia Ireland (ICHR), seorang pakar undang-undang hak asasi manusia
antarabangsa mendakwa bahawa kekejaman massa yang dilakukan oleh
kerajaan junta tentera terhadap minoriti Rohingya yang tinggal di daerah
Barat Myammar mungkin merupakan antara jenayah terhebat terhadap
kemanusiaan di abad ini.
Permasalahan mereka telah telah diabaikan selama bertahun-tahun dan
tiada sebarang tindakan yang sistematik telah dilakukan untuk membantu
mereka meneruskan kehidupan sebagai masyarakat manusia yang normal.
Siapakah umat Islam Rohingya?
Umat
Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini
Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka
adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain
yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan
Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai
selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia
Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang,
berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya
tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah
penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha
Arakanese.
Apakah nasib mereka?
Umat Islam Rohingya telah dinafikan daripada hak-hak asasi
kemanusiaan dan sentiasa terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia
secara konsisten oleh pihak juta tentera Myanmar.
Di antara kekejaman yang dilakukan ke atas mereka :
a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek
pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti
bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan
bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942
apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah
dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan
untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di
kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi
pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan
diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan
besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan
harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi
dan agama.
Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia
dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak
mentah-mentah oleh semua negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah
dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut
enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju.
Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan
Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau
kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa
mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan
bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian
Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain
bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan
akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat
sementara.
assalamualaikum.. ana kira Msia telah bertindak zalim dengan membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yg berlaku ole saudara-saudara seaqidah kita di Rohingya..mohon share ustaz, semoga semakin ramai yang buka kisah dan cerita ini, semakin ramai yang sentiviti terhadap perkara ini..:)
BalasPadamWa'alikum salam, silakan fatinqistina90, insya Allah DPPM akan sediakan risalah untuk sebaran umum selewat2nya esok
BalasPadam