Wednesday July 25, 2012
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua
penjawat awam.
Ini termasuklah bayaran khas juga sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Bayaran bonus itu akan dibuat pada 9 Ogos, demikian menurut kenyataan
perdana menteri yang juga menteri kewangan, pada lewat petang Rabu.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.
Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat
berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan semasa kerajaan.
Beliau menambah, bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Jelas Najib lagi, pemberian bonus dan bayaran khas kepada pesara
kerajaan itu merupakan penghargaan kerajaan kepada kakitangannya dan
juga pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya lagi.
Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.
Ulasan
Catat Ulasan