Uncle Seekers dipercayai ditahan polis
5 Julai 2012
SHAH ALAM - Pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau
lebih dikenali sebagai Uncle Seekers dipercayai ditahan polis malam tadi
berhubung penyiaran artikel dalam blognya minggu lalu, yang dikatakan
berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Sinar Harian Online difahamkan beliau ditahan di Senawang, Negeri Sembilan kira-kira jam 10 malam sebelum dibawa ke Nusajaya, Johor.
"Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia
ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya," kata
bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak
Habib ketika dihubungi sebentar tadi.
Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis
terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang
dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.
Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon
pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog
uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota
Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah
Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog
berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang
dipaparkan pada blog tersebut.
"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia
Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak
puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah
belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini," katanya.
AKAN MENYUSUL
Ulasan
Catat Ulasan