98% terima 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'
Harakahdaily, | 07 Ogs 2012 |
(Keputusan poll yang dibuat oleh The Malay Mail hingga jam 4.20 petang Selasa)
KUALA LUMPUR: Setelah lima hari berlalu, poll yang
dibuat oleh akhbar The Malay Mail menunjukkan 98 peratus rakyat Malaysia
memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema merdeka tahun ini.
Hanya 2 peratus atau 163 peserta undian ini memilih tema 'Janji Ditepati' dari 6,791 peserta yang menyertai poll ini.
'Janji Ditepati' adalah tema yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Rais Yatim selaku pengerusi jawatankuasa sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.
Tema ini telah dibantah oleh pelbagai pihak sehingga Pakatan Rakyat memperkenalkan tema berlainan iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa'.
Ia dipilih oleh satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Sastrawan Negara, Datuk A Samad Said.
Selain membantah tema 'Janji Ditepati' yang dilihat sama dengan tema kempen pilihan raya BN, lagu dan logo Hari Merdeka ke 55 juga dibantah.
Lagu itu juga dibantah kerana mempunyai persamaan yang ketara dengan sebuah lagu gereja di Indonesia.

Lyriknya pula terlalu kasar dalam menyampaikan mesej kempen BN dan bukan untuk semua rakyat negara ini.
Sehingga kini, Rais hanya menarik balik logo Hari Merdeka tetapi masih mengekalkan lagu dan tema sambutan tahun ini.
Ulasan
Catat Ulasan