LAPORAN
POLIS
25
September 2012
Saya, Khairul
Faizi bin Ahmad Kamil, nombor kad pengenalan 730111-01-6625 ingin membuat satu laporan polis terhadap dua
perkara seperti yang dinyatakan di bawah.
1. Menggunakan sekolah sebagai tempat untuk
berkempen politik
Baru-baru ini saya telah menerima satu
salinan video format MP4 yang menunjukkan bahawa satu program sumbangan duit
raya telah dibuat di salah sebuah sekolah di dalam daerah Kluang sebelum
menjelangnya Idilfitri baru-baru ini.
Di dalam rakaman video ini telah memaparkan
bagaimana sebuah sekolah telah digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dan Skuad
Sayang untuk memberikan sumbangan duit raya kepada pelajar sekolah tersebut.
Mengikut maklumat yang diperolehi, program tersebut telah diadakan pada 13 Ogos
2012 iaitu beberapa hari sebelum menjelang Idilfitri pada tahun ini.
Adalah sangat memusykilkan apabila program
tersebut telah diadakan pada waktu sesi persekolahan dengan mengerahkan agar
guru-guru dan pelajar-pelajar hadir ke majlis tersebut sedangkan yang
menganjurkannya adalah sebuah parti politik bukannya daripada agensi kerajaan
yang berkaitan.
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kluang yang
telah memberikan ucapan dalam majlis tersebut telah memberikan pesanan kepada pelajar-pelajar sekolah agar
memberitahu kepada ibubapa mereka agar mengundi Barisan Nasional (BN).
Ini adalah merupakan satu bentuk pencabulan
kepada integriti bagi sesebuah institusi pendidikan yang mana menggunakan
premis sekolah untuk tujuan berkempen politik adalah merupakan satu kesalahan lebih-lebih
lagi memaksa guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah terlibat sama dan ianya
diadakan pada waktu persekolahan.
Justeru saya membuat laporan polis ini
adalah untuk pihak polis melakukan siasatan terhadap perkara ini sehingga
sekolah telah dicemari dengan kempen parti politik untuk menghadapi
pilihanraya.
(Klip Video ini tidak diserahkan semasa laporan polis dibuat tetapi berjanji akan diserahkan selepas daripada itu)
2. Ceramah ‘PAS Pengkhianat Islam’
Tiga hari yang lalu telah didapati beberapa
helai kain rentang telah dinaikkan di beberapa lokasi di Kluang yang mana kain
rentang tersebut telah mencatatkan bahawa akan berlangsungnya sebuah ceramah
yang bertajuk ‘PAS Pengkhianat Islam’ yang akan diadakan pada 30 September 2012
dan dijadualkan akan diadakan di tapak pasar malam Kampung Melayu Kluang.
Menjadi tanda Tanya apabila kain rentang
tersebut tidak menyatakan siapa yang menganjurkan ceramah tersebut. Adakah
ceramah tersebut merupakan satu provokasi atau pun sememangnya akan berlangsung
tidak dapat diketahui kerana kami tidak dapat menghubungi penganjurnya.
Menjadi persoalan juga bagaimanakah kain
rentang tersebut masih boleh terus dibiarkan di lokasi-lokasinya di sekitar
kawasan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) sedangkan ia didapati tidak mempunyai
cop kebenaran daripada MPK untuk dipasang di kawasan yang dibenarkan.
Justeru laporan polis dibuat pada hari ini
untuk pihak polis menyiasat terhadap kain rentang dan ceramah tersebut yang
masih belum diketahui penganjurnya. Dengan laporan polis ini juga, PAS memohon
agar pihak MPK segera bertindak terhadap kain rentang tersebut sebagai satu
langkah membuktikan MPK tidak berkompromi dengan pihak yang tidak bertanggung
jawab.
Sekian laporan polis saya untuk tindakan
tuan.
Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua
PAS Kawasan Kluang
Twitter :
khairulfaizi73
Ulasan
Catat Ulasan