Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,
Selepas selesai pertemuan dengan Ketua Pengarang Harakah beserta para editorial Harakah lebih kurang pada pukul 3.00 petang tadi, saya kembali ke pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) untuk menyelesaikan beberapa lagi urusan sebelum berangkat pulang ke Kluang.
Sambil 'melayan' sakit belakang ini, saya mengambil kesempatan mengemaskini perkembangan yang berlaku di Mesir melalui saluran Al-Jazeera dan amat mengejutkan apabila saya dapati bahawa telah berlaku pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh tentera Mesir sendiri.
Setakat saya mencatatkan perkembangan di blog ini, angka kematian telah pun mencapai seramai 42 orang, mengikut sumber daripada Al-Jazeera. Mereka telah dibunuh ketika sedang menunaikan solat di hadapan
Bangunan Pengawal Republik. Kesan tembakan dapat dilihat di kepala, tengkuk dan dahi malah ada yang dijumpai dengan organ hancur dan badan terpisah.
Perkembangan ini sudah pasti akan menaikkan semangat para pejuang di sana dan saya percaya kebenaran pasti akan tertegak dengan bantuan daripada Allah S.W.T.
Mudah-mudahan ia tidak akan berpanjangan dan kuasa pemerintahan akan kembali semula kepada rakyat dan Morsi dibebaskan untuk menjamin hak dan kebenaran.
Wassalam
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
8 Julai 2013, 4.47 petang.
Ulasan
Catat Ulasan