Pemuda PR lancar kempen anti kenaikan harga barang
Harakahdaily, | 08 Jul 2013 |
KUALA LUMPUR:
Berikutan beberapa harga barangan keperluan asas yang dilaporkan mulai
naik menjelang bulan Ramadhan, Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama-sama
rakan-rakan pemuda dalam PR telah memulakan kempen anti kenaikan harga
barang.
Sebagai simboliknya semalam, mereka turun ke Pasar Pagi Taman Greenwood, Gombak dengan membuat jualan amal gula pasir pada harga RM2 sekilogram sebagai permulaan kempen tersebut.
Pelancaran kempen ini adalah sempena dengan kedatangan bulan Ramadan, yang biasanya berlaku kenaikan harga barangan yang akan membebankan pelanggan, seterusnya akan berterusan hingga ke hari perayaan.
Jawatankuasa Anti Kenaikan Harga Barang itu dipengerusikan Exco Pemuda, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah yang ditubuhkan sejurus pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu apabila terdapat beberapa barangan yang dikesan telah berlaku kenaikan harga secara mendadak.
Ketua DPPM Nasruddin Hasan berkata, kempen tersebut diadakan sebagai simbolik untuk menyedarkan masyarakat bahawa kita sekian lama telah ditipu dengan janji-janji kosong oleh kerajaan untuk menurunkan harga barang keperluan.
"Tetapi apabila tiba sahaja musim bulan puasa dan raya, pihak yang patut bertanggungjawab tidak mengambil berat tentang perkara ini menyebabkan yang menjadi beban adalah rakyat," katanya.
Antara yang turut serta semalam termasuk Timbalan Ketua DPPM Nik Mohammad Abduh Nik Aziz, setiausaha Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah dan Ketua DAPSY Teo Kok Seong.
Selain mereka, Adun Gombak Setia Ustaz Hasbullah Ridzwan Adun Teratai Tiew Way Keng Ketua Penerangan DPPM Riduan Mohd Nor, Ketua Pemuda Wilayah Kamaruzzaman Mohammad juga turut hadir.
Program semalam adalah anjuran bersama Dewan Pemuda PAS Gombak. Mereka berjaya menjual sebanyak 300 kampit gula hanya dalam masa dua jam.
Mereka juga turut mengedarkan 500 paket kurma percuma kepada pengunjung-pengunjung pasar tersebut sebagai persediaan menyambut Ramadhan.
Turut diedarkan risalah tentang kenaikan harga barang dan risalah sempena Ramadhan.

Ulasan
Catat Ulasan