SIASAT
BAGAIMANA SENJATA API DIMILIKI RAKYAT DENGAN MUDAH
(30
Julai 2013)
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan
kebimbangan atas kejadian yang berlaku sejak akhir-akhir ini melibatkan jenayah
bersenjata api. Insiden terbaharu berlaku apabila pengasas Kumpulan Perbankan
Arab Malaysian Hussain Ahmad Najadi mati ditempat kejadian setelah ditembak
dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong
Ceylon jam 2 petang semalam. Isterinya pula cedera parah ditembak pada kejadian
yang sama.
Dua hari lepas, pengerusi
NGO MyWatch, R Sri Sanjeevan cedera parah ditembak dari jarak dekat oleh
individu yang tidak dikenali. Insiden ini berlaku pada tempoh yang berdekatan dan
dilakukan melalui modus operandi yang sama. Beberapa minggu yang lalu, dua
orang guru mati ditembak melalui insiden yang berasingan juga melalui modus
operandi yang sama. Dalam masa yang hampir sama, PDRM menahan dua individu yang
didakwa memiliki senjata api yang digunakan untuk disewakan.
Nampaknya kehadiran
pasukan peronda polis sudah tidak lagi digeruni penjenayah. Rondaan kerap juga
dilihat gagal mematahkan helah dan strategi penjenayah mencari mangsanya. Kamera
litar tertutup atau CCTV seperti tidak berfungsi untuk mematahkan jenayah
daripada berlaku. Polis juga sudah tidak
lagi berjaya mewujudkan suasana aman di negara ini sehingga wujudnya insiden
jenayah di mana-mana.
Isunya
adalah bagaimana kejadian jenayah melibatkan senjata api boleh berlaku begitu
mudah di kawasan terbuka, orang ramai serta berlaku di waktu siang sejak
kebelakangan ini? Mengapa penjenayah sudah semakin berani menggugat keselamatan
awam dengan melakukan aksi samseng atau kongsi gelap dengan melepaskan tembakan
sesuka hati kepada suspek tanpa merasa takut?
DPPM mempersoalkan
mengapa senjata api mudah dimiliki, dibawa masuk atau diseludup ke dalam negara
dengan begitu mudah? Apakah pintu sempadan negara sudah bocor diterobos oleh
penjenayah licik sehingga gagal dikesan aktiviti penyeludupan senjata api ke
negara ini atau adakah industri pembuatan senjata api boleh dibuat dalam negara
ini melalui teknologi yang ada pada rakyat negara ini?
Isu
pemilikan senjata api mengingatkan rakyat bagaimana insiden sekumpulan
pengganas luar menceroboh masuk ke dalam negara di Lahad Datu, memiliki senjata
api berat, mengancam penduduk tempatan dan mengisytiharkan perang ke atas
kerajaan Malaysia. Jika sekumpulan penceroboh dan pengganas membawa senjata
berat masuk ke dalam negara gagal dikesan, tidak mustahil pula penjenayah
individu atau sekumpulan kecil menerobos masuk ke dalam negara membawa senjata
kecil dan ringan.
Insiden ini
menunjukkan bahawa Malaysia sudah bukan lagi sebuah destinasi aman dan selamat
bagi rakyatnya. Negara ini sudah mirip menjadi seperti negara Amerika Selatan,
Afrika atau sebahagian negara yang sedang berkonflik perang serta memiliki
rangkaian kartel dadah terbesar sehingga samseng, kongsi gelap atau pembunuh
upahan yang bermaharajalela sesuka hati. Keamanan negara-negara tersebut
ditentukan oleh pengaruh kekuatan kumpulan masing-masing, siapa kuat dia
berkuasa dan mereka menentukan keamanan atau huru hara sesebuah kawasan.
DPPM dengan
ini mendesak kerajaan agar segera menubuhkan pasukan khas memantau, mencegah
serta memerangi jenayah senjata api. Isu ini perlu ditangani serta merta dengan
tindakan bersepadu agar insiden ini tidak berulang ke atas mana-mana mangsa
lain. Golongan korporat, usahawan, ahli politik dan profesional paling merasa
terancam dengan kejadian ini dan bimbang jika mereka pula menjadi sasaran pula
selepas ini.
DPPM juga
mendesak PDRM menyiasat sedalam mungkin punca pemilikan senjata api dengan
mudah, apakah ia dari rakyat di negara ini sendiri atau dibawa masuk dari luar.
Apakah senjata api menjadi suatu industri gelap dilakukan di kawasan hitam,
dimiliki sekumpulan kongsi gelap serta
memiliki rangkaian di seluruh negara. Persoalan ini perlu dijawab dengan
kerajaan perlu berusaha menumpaskan jenayah ini sehingga ke akar umbi agar
tiada lagi mangsa ditembak selepas ini.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ni kena tanya Tuan Guru Hj.Hadi aritu dia tau Calon yang Jual PIL KUDA takan taktau CALON jual Senjata?
BalasPadamYang beria-ia sangat menentang dan mahu menghapuskan undang-undang pencegahan seperti Ordinan Darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan adalah Pakatan Rakyat.Yg banyak mampus kena tembak Keling PR jugak ke?
BalasPadam