Langkau ke kandungan utama

Bas jatuh gaung di Genting, 37 terkorban

Bas jatuh gaung di Genting, 37 terkorban - Malaysiakini
4:29PM Ogos 21 2013  
VIDEO | 2:48 mins
dikemaskini Seramai 37 orang terkorban dalam nahas bas terburuk di negara ini apabila bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.6 Jalan Genting Highlands hari ini.    

NONE
Kemalangan itu juga mengakibatkan 16 orang cedera dengan 14 daripada mereka dilaporkan kritikal. Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Selayang (lapan), Hospital Kuala Lumpur (HKL) (lima), Hospital Sungai Buloh (dua) dan Hospital Bentong (satu).
  
Kemalangan kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang  menawarkan perkhidmatan ulang alik dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu menuju ke ibu kota, lapor Bernama.


NONE
Operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa yang terlibat dalam nahas bas itu ditamatkan 9.30 malam ini dan ia diumumkan Menteri Kesejahteraan  Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Gerakan untuk menyelamat telah selesai dan laporan yang kita terima ialah seramai 37 terkorban, 25 lelaki dan 12 perempuan," katanya.

NONE

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S. Jeyaindran berkatalima pakar dan lapan pegawai perub atan dari unit forensik HKL sedang bersiap-sedia untuk melakukan bedah siasat mayat mangsa yang dihantar ke hospital berkenaan.
  
Pasukan mencari dan menyelamat yang melibatkan kira-kira 450 anggota termasuk bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terpaksa menggunakan kren, pengusung, tali dan unit anjing K9 untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa.
  
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Menteri Besar Pahang Datuk  Seri Adnan Yaakob dan anggota Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai turut berada di lokasi kejadian untuk meninjau operasi.

NONEInsiden itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas teruk di laluan berkenaan.
  
Meskipun pihak berkuasa belum mendedahkan punca sebenar kemalangan, bagaimanapun antara mangsa yang cedera mendakwa brek bas gagal  berfungsi sebelum terjunam ke dalam gaung itu seperti yang diceritakan warga Bangladesh, Ali Haider Shyed Haider, 46, yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
  
Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata berdasarkan pemerhatian, dengan keadaan cerun yang agak menjunam, bas boleh tergelincir ke gaung sekiranya tidak dikawal dengan sempurna.

NONE"Keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya.
  
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di laman twitter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas bas ekspres itu.
  
Sementara Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan pihak berkuasa agar segera menubuhkan jawatankuasa petugas menyiasat kemalangan itu.
  
Kemalangan buruk lain yang pernah berlaku di kawasan Genting Highlands ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.
  
Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia. 



Antara kemalangan bas di Genting Highlands

5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.

30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.

29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.

16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.

Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.

30 Jun 1995:
Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang. 


NONE

NONE

NONE

NONE

NONE


NONE


bus accident in genting plunges into ravine survivor

NONE 







Ulasan