Masa terbaik untuk Liverpool kembali menjadi pasukan yang disegani dan digeruni.
Kemenangan Liverpool ke atas Tottenham Hotspurs baru-baru telah melonjak kedudukan pasukan lagenda ini ke tangga teratas Barclays Premier League (BPL). Berbaki lagi enam perlawanan dengan 71 mata serta jaringan 88 gol, Liverpool berpeluang untuk mengekalkan kedudukan sehingga ke akhir musim sekiranya mampu konsisten untuk mengekalkan kemenangan.
Enam pasukan yang bakal ditemui selepas ini ada pasukan Man. City, Chelsea dan Newcastle di Anfield manakala West Ham, Norwich dan Crystal Palace di tempat lawan. Kelebihan yang dimiliki Liverpool kerana akan bertemu dengan pasukan yang mampu mencabar kedudukannya di tempat sendiri, di stadium keramat Anfield. Pasukan Liverpool telah lama tidak menjulang BPL atau sebelum ini dikenali sebagai EPL. Kali terakhir iaitu pada musim 89/90 dibawah Pengurusan lagenda bolasepak Kenny Dalglish yang juga bertindak sebagai pemain ketika itu. Pada musim ini, Liverpool adalah pasukan yang paling digeruni dengan mencatatkan rekod kemenangan paling besar 9-0 ke atas Crystal Palace dan mencatatkan kemenangan di tempat lawan paling besar dengan jaringan 1-6 menentang Conventry City.
Ketika itu, saya bersekolah di tingkatan 5 dan sejak daripada itu prestasi Liverpool tidak lagi sehebat namanya. Walaupun pernah menjuarai Piala FA (1992, 2001 dan 2006), Piala Eropah pada tahun 2005, Piala UEFA tahun 2001 dan Piala Liga 1995, 2001, 2003 dan 2012 namun ia belum cukup untuk mengembalikan kegemilangan pasukan lagenda ini. Kebanyakkan penyokong setia pasukan ini adalah golongan seusia saya dan yang lebih berusia, jarang kita dengar pelajar sekolah atau orang muda meletakkan Liverpool sebagai pasukan idaman. Pernah anak saya pada tahun lalu, yang belajar dalam Darjah 5 beritahu saya, kawan-kawan sekelasnya pelik apabila Liverpool menjadi pasukan pilihannya. Tapi ia berbeza akhir-akhir ini, anak saya beritahu bahawa pasukan Liverpool sudah menjadi sebutan lebih-lebih nama Gerrard, Suarez, Sturridge dan Sterling meniti di bibir anak-anak sekolah. Semoga Liverpool akan berjaya, kami penyokong setia akan terus beri sokongan.
Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penyokong Setia Liverpool sejak 1983.
1 April 2014.

Ulasan
Catat Ulasan