Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata, golongan yang menyokong penggantinya, Datuk Seri Najib Razak
juga perlu menyokong 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang kini
menanggung hutang RM42 bilion.
Golongan itu perlu menyokong tindak tanduk firma berkenaan, yang masih
belum dapat memberi penjelasan mengenai dana tersebut, kata Mahathir.
“Adakah anda juga sokong (langkah) menyimpan berbilion ringgit di Cayman Islands?
“Adalah anda juga sokong (langkah) bahawa, selepas membawa pulang wang
tersebut, ia mesti disimpan di sebuah Bank Switzerland di Singapura?
“Adakah anda menyokong penjelasan bahawa wang tersebut tidak boleh
dibawa pulang ke Malaysia oleh perdana menteri dan menteri kewangan
kerana Bank Negara akan banyak soal?,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan