India import setengah juta tan minyak masak Malaysia pada Oktober


Oleh Shakir Husain

NEW DELHI, 13 Nov  -- India mengimport sejumlah 518,370 tan minyak sawit dari Malaysia pada Oktober, hampir 32 peratus lebih banyak daripada jumlah bulan sebelumnya. 

Import India dari Malaysia merangkumi 511,672 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 6,698 tan minyak isirung sawit mentah (CPKO). 

Import minyak makan negara itu pada bulan lepas mencecah lebih daripada 1.22 juta tan, mewakili peningkatan sebanyak 17.3 peratus berbanding September, menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India hari ini.

Bagi tempoh 12 bulan bermula November 2019, India mengimport 13.17 juta tan minyak makan, termasuk kira-kira 6.6 juta tan MSM, 421,000 tan minyak sawit bertapis dan 130,000 tan CPKO.

Minyak makan lain yang dibawa masuk oleh India adalah minyak kacang soya dan bunga matahari. 

-- BERNAMA

Ulasan