LAWATAN KERJA KE KKJ CAWANGAN MUAR
Pada 3 Disember 2020 saya telah adakan lawatan ke Kolej Kemahiran Johor (KKJ) cawangan Muar selaku ALP KPYPJ. Lawatan saya yang bermula pukul 11 pagi tadi selaku ALP Kolej Pendidikan YPJ telah berlangsung kira-kira selama dua jam.
Pihak pengurusan telah memberikan penerangan berkaitan sejarah KKJ Muar dan prestasi sejak ia beroperasi tahun 1997.
Beberapa perkara telah dibincangkan tadi dan saya akan bawa kepada Pengerusi KPYPJ, Dato' Ir Hasni Mohammad yang juga merupakan Menteri Besar Johor.
Hari Isnin yang lalu saya telah melawat KKJ cawangan Kluang. Minggu hadapan saya akan ke KKJ cawangan Batu Pahat dan seterusnya ke KKJ HQ di Johor Bahru, insya Allah.
Terima kasih kepada Pak Lah (wakil KKJ HQ) Pn. Puziah bt Supian selaku Pengurus Pusat KKJ Muar serta kakitangan yang telah menerima kehadiran kami.
Turut bersama saya tadi adalah Haji Mustafa Salleh, En. Puru dan En Saleh Bin Mohamed Yasin
Ulasan
Catat Ulasan