KETUA PENGARAH KM SOKONG KEMPEN AMBD 2021 JABATAN AMAL MALAYSIA (JAM)



1. Alhamdulillah, julung kali diadakan secara besar besaran AMAL MEGA BLOOD DONATION diseluruh negara. Kempen ini bukanlah baru, sebelum ini menderma darah tetap dijalankan secara berperingkat di peringkat negeri-negeri dan kawasan-kawasan sehinggalah penganjuran secara besar-besaran pada kali ini.

2. Khidmat Malaysia menyokong penuh di atas usaha dan tekad yang tinggi oleh JAM bertungkus lumus mengadakan program buat masyarakat Malaysia tentang peri pentingnya menderma darah.
3. Kami sedia maklum stok bekalan darah mengalami kekurangan dan amat diperlukan sepanjang masa. Menurut sumber Pusat Darah Negara (PDN), bekalan darah dan tabung darah mengalami trend penurunan sejak negara dilanda penularan COVID-19 dari tahun lepas lagi.
4. PDN memerlukan sekurang-kurangnya antara 500 hingga 600 bag kutipan darah sehari, bagi menampung kegunaan darah di hospital seperti kes pembedahan, kemalangan, ibu mengandung dan pesakit Talasemia.
5. Oleh itu, pendermaan haruslah dilakukan secara konsisten dan berterusan. Agar dijadikan aktiviti menderma darah ini secara berkala.
6. Tahniah sekali lagi buat Jabatan Amal Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Malaysia diatas penganjuran pada kali ini.
7. Moga ia dijadikan 'kickstart' dan kempen bagi seluruh rakyat Malaysia yang belum mula menderma untuk turut serta mengambil bahagian menderma darah.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah
KHIDMAT MALAYSIA
18 Januari 2021 / 5 Jamadil Akhir 1442H

Ulasan