KITA AKAN TERUS DIUJI DI WAKTU SUSAH DAN SENANG


Manusia tidak akan terlepas daripada ujian kerana ujian itu untuk kita semua selagi mana kita hidup di atas dunia ini. Tatkala kita telah mati dan masuk ke liang kubur, itu tidak lagi dinamakan ujian.

Sama ada kita tua atau muda, kaya atau miskin, beragama Islam atau tidak, semuanya akan terus diuji. Tiada istilah bila telah senang tiada lagi ujian kesusahan, bila telah menang maka tiada lagi ujian kekalahan ataupun bila sudah sihat maka tiada lagi ujian kesakitan.
Malah perlu sentiasa beringat bahawa apabila ujian yang akan kita lalui kekadang tidak dirasai seperti ujian kerana kelekaan kita kepada kemenangan dan kesenangan.
semua golongan, sama ada kecil ataupun besar, tua mahupun muda, beragama Islam ataupun kafir, kaya dan juga miskin semuanya pasti akan diuji.
Firman Allah S.W.T dalam al-Quran bermaksud:
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.”
(al-Ankabut: 2-3)
Seperti mana yang biasa kita dengan di dalam khutbah Jumaat bahawa dunia ini adalah tempat tumpangan sementara manakal Akhirat jualah tempat selama-lamanya maka janganlah kita terleka sehingga terlupa bahawa kehidupan abadi bukannya di sini.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
(Ali ‘Imran, ayat 185)
Semoga kita akan terus istiqamah dalam perjuangan ketika susah ataupun senang, ketika kalah ataupun menang.
KFAK

Ulasan