Pagi tadi saya adakan kunjungan hormat bertemu CEO Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) yang baharu iaitu Datuk Dr Wan Zawawi Wan Ismail di pejabat beliau. Saya ditemani oleh Ustaz Nazri (Setiausaha Jkuasa Kempen SAT) dan En. Simon (Acting CEO MPOCC).
Tujuan utama adalah untuk memaklumkan kepada beliau tentang kempen Sawit Anugerah Tuhan (SAT) yang bakal dilancarkan secara visual pada 10 Februari nanti (8 hari lagi) dan sebagai CEO MPOC yang terlibat secara langsung dalam pelancaran ini.
Sepatutnya SAT dirancang untuk dilancarkan pada 7 Februari secara bersemuka tetapi ditangguhkan ke bulan Mac 2021 kerana PKP.
Kami juga berbincang juga tentang perlunya perkembangan Sawit Malaysia dihebahkan kepada massa secara kerap dan berkala kerana masyarakat kita perlu menyedari betapa sawit yang merupakan salah satu pendapatan utama negara mempunyai pelbagai manfaat dari akar sehinggalah ke daun sawit itu sendiri.
Terima kasih kepada Datuk Dr Wan Zawawi kerana menerima kunjungan tadi dan perkongsian pengalaman beliau dengan kami.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Pengerusi MPOCC
Ulasan
Catat Ulasan