BEBERAPA hari saja lagi kita akan sampai ke bulan Ramadan. Bulan yang sangat berkaitan dengan berpuasa. Teringat masa kecil dulu bila Ramadan tiba, apa yang difikirkan adalah kekangan daripada makan di siang hari. Terasa betapa beratnya nak tunaikan puasa. Tetapi apabila tiba di hujung Ramadan, rasa hati semakin seronok apabila Raya akan menjelang tiba. Itu waktu dulu-dulu…
Sedangkan sebenarnya yang perlu disambut dan diberikan keutamaan adalah ketibaan bulan Ramadan yang mulia ini. Tahun lalu kita menyambut Ramadan dalam suasana PKP yang menyebabkan sebahagian besar daripada kita tidak dapat menunaikan Solat Terawih seperti biasa di masjid atau surau. Sebahagian besar bersolat secara berjamaah di rumah masing-masing. Ayah menjadi imam dan isteri serta anak-anak menjadi makmum.
https://harakahdaily.net/index.php/2021/04/05/ramadan-tahun-lalu/
Ulasan
Catat Ulasan