ANAK MUDA : PERUNTUKAN LEBIHAN MASA UNTUK SANTUNI MASYARAKAT YANG TERKESAN DENGAN BENCANA COVID19
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pada 18 Julai yang lalu, saya ada menulis tentang himpunan yang diadakan oleh 20 orang anak muda berpakaian serba hitam di Dataran Merdeka dengan tajuk "HIMPUNAN 20 INDIVIDU DI DATARAN MERDEKA : KE MANA ARAH TUJU? (boleh rujuk di blog saya)
Himpunan selama 15 minit ini walaupun tidak menimbulkan apa-apa kekecohan telah dilaksanakan oleh mereka dan ditamatkan oleh pihak Polis tanpa sebarang kekerasan.
Ketika itu, saya memberi ulasan ringkas dan memikirkan ke mana arah tuju mereka dengan perlaksanaan himpunan ini. Apa sebenarnya yang mereka mahukan.
Minggu lalu, mungkin kerana cuti bersempena Idil Adha maka tiada sebarang himpunan diadakan agaknya. Namun pagi Sabtu ini, sekali lagi kumpulan anak muda (dikhabarkan anak muda yang berhimpun) sekali lagi berhimpun di tengah kota Kuala Lumpur dalam suasana kes positif COVID yang masih tinggi.
Setakat ini, Polis telah mengenalpasti penganjur dan akan memangil lima individu daripada Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) pada esok hari berhubung penganjuran protes #Lawan di Dataran Merdeka hari ini.
Tahniah kepada pihak polis yang bertindak dengan cemerlang tanpa berlakunya insiden yang tidak diingini walaupun menyedari bahawa mereka berhimpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang jelas tidak membenarkan mana-mana pihak berhimpun.
Wahai anak muda, jika anda ada kelapangan masa, peruntukanlah lebihan masa itu untuk turun sama membantu masyarakat yang terkesan dengan COVID19. Sertai badan sukarelawan dan NGO untuk kita sama-sama meringankan beban mereka.
Sekian, wassalam
Khairul Faizi Ahmad Kamil
31 Julai 2021, 11.51 malam
Ulasan
Catat Ulasan