Kekalkan kelestarian alam sekitar


Kekalkan kelestarian alam sekitar

Oleh NURFARAHIN HUSSIN

utusannews@mediamulia.com.my

PETALING JAYA: Industri minyak sawit yang mampan mampu menjaga kelestarian alam sekitar kerana penanaman kelapa sawit menjimatkan penggunaan tanah dengan lebih e­ sien berbanding tanaman minyak sayuran lain.

Kenyataan ini disokong data Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 2018 yang menunjukkan hanya 8.6 peratus daripada keluasan tanah pertanian dunia digunakan untuk tanaman kelapa sawit.

Menurut Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Khairul Faizi Ahmad Kamil, dengan peratusan tersebut, kelapa sawit juga mampu menyumbangkan 36 peratus monopoli syer penghasilan minyak sayuran global.

“Tempat kedua daripada syer penghasilan minyak sayuran global dipegang oleh penghasilan minyak soya dengan peratusan sebanyak 25.5 peratus, agak tinggi dari segi yields atau penghasilannya.

“Tetapi, menurut data yang sama, tanaman soya menggunakan 39 peratus daripada keluasan tanah pertanian dunia. Jadi, terbukti penanaman kelapa sawit menjimatkan penggunaan tanah sebanyak 4.5 kali lebih rendah berbanding tanaman soya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas beliau, tanggapan terdahulu Kesatuan Eropah mengenai Malaysia mengamalkan penebangan hutan dengan aktiviti pembalakan yang tidak terkawal adalah tidak berasas dan hanya sebagai taktik pemasaran meningkatkan minyak sayuran lain seperti minyak soya, minyak biji anggur dan minyak biji sawi.

“Industri sawit kita dikawal selia oleh Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO) telah diperkenalkan pada tahun 2004 untuk memastikan pengeluaran minyak sawit dunia dijalankan secara mampan, dan pada tahun 2019, kerajaan telah menjadikan skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai satu pensijilan yang mandatori kepada pemain-pemain industri sawit negara.

“Sejak itu, hampir 90 peratus daripada semua pemain-pemain industri dipersijil dengan MSPO dan statistik Global Forest Watch menunjukkan penurunan dalam kadar pembalakan di negara kita. Itu bermakna, rakyat kita serba sedikit memahami dan mematuhi prinsip-prinsip MSPO yang sememangnya menjaga kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Tambah beliau, Malaysia juga masih kekal dengan ratio 0.11 peratus tanah pertanian global sehingga ke hari ini. Menurutnya, jumlah tersebut mungkin berkurangan sedikit kerana setakat data 2020 menunjukkan kadar tanah pertanian kelapa sawit negara telah jatuh 0.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Sebenarnya ia bergantung kepada situasi, terutamanya dalam situasi membangunkan kawasan luar bandar, pembinaan penambahbaikan infrastruktur dan sebagainya. Namun, Malaysia telah berikrar untuk mengekalkan 50 peratus daripada permukaan bumi Malaysia dengan litupan hutan semula jadi di Rio Earth Summit pada 1992.

“Dengan adanya MSPO, penggiat industri juga tidak dibenarkan untuk menebang hutan dan hanya akan menanam semula tanaman di tanah perladangan. Ini bermakna, bergantung pada permintaan pasaran, tanamantanaman komoditi Malaysia akan berganti di tanah yang sama tanpa perlu menebang kawasan baharu,” jelasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Seri Shari‑ a Sabrina Syed Akil memberitahu, sekiranya MSPO mampu berfungsi seiring dengan misi PEKA, satu perbincangan secara terperinci perlu diadakan sebelum tindakan sokongan lanjut dirangka.

“Bagi menambah usaha membaik pulih khazanah semula jadi, moratorium tetap sekurang-kurangnya 10 tahun atas pembalakan dan perlombongan di dalam semua kawasan hutan perlu dilaksanakan dengan segara,” kata beliau.

Ulasan