KEMPEN DERMA DARAH DAN PELANCARAN GEROBOK REZEKI DI SENGGARANG





Hari ini saya hadir ke Senggarang untuk menyempurnakan 2 program iaitu Kempen Menderma Darah 3.0 dan Pelancaran Gerobok Amal Kongsi Rezeki.

Walaupun sejak beberapa hari ini tidaklah begitu sihat dan lebih banyak berehat di rumah, perlu juga menghadirkan diri walaupun sekejap.
Kempen Derma Darah ini dianjurkan oleh Yayasan Amal Malaysia cawangan Johor (YAM Johor) dengan kerjasama Khidmat Malaysia Negeri Johor (KMNJ), NGO RUMAISYA, NGO BERKAT BATU PAHAT dan Ahli Majlis BP, Haji Tumiran bin Ahmad.
Di pekan Seggarang, YAM Johor telah memilih untuk melancarkan gerobok Amal Kongsi Rezeki di kedai Syarikat Mohd. Ali. Di sini diletakkan satu gerobok/rak untuk penduduk Senggarang sama-sama dapat menyumbangkan barangan makanan yang boleh dibeli dari kedai Mohd Ali ini.
Alhamdulillah, kempen menderma darah berjaya mencapai sasaran dengan penderma melebihi 80 orang.
Terima kasih kepada sdr Zaidi bin Jappar (TKB UMNO BP) merangkap Penyelaras Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram yang turut hadir menyampaikan sumbangan makanan untuk kempen menderma darah tadi.
Alhamdulillah, hari ini dapat derma darah kali yang Ketiga untuk tahun 2021.
KFAK

Ulasan