Ahamdulillah, YAB Tan Sri Muhyiddin bin Yassin kekal tenang mengharungi ujian dan dugaan yang sedang kita sama-sama lalui ketika ini.
Pelbagai spekulasi dan sebaran berita berkaitan dengan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia sedang bertebaran di dalam media massa khususnya di media sosial namun YAB Tan Sri kekal tenang melaksanakan tugasannya sebagai Perdana Menteri.
Hari ini YAB Tan Sri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk berikan kemudahan dalam sektor perdagangan dan pengedaran berkuatkuasa 16 Ogos (esok) melibatkan 11 jenis aktiviti ekonomi yang akan dibenarkan kembali beroperasi di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Usaha untuk memerangi COVID19 diteruskan walaupun pelbagai pihak termasuk pihak media lebih berminat untuk mengetahui apa kemungkinan yang akan terjadi pada hari esok.
Objektif utama ketika ini adalah untuk membawa keluar negara daripada bencana COVID19 dan usaha kerajaan ketika ini memerlukan dokongan daripada semua pihak.
Kesungguhan YAB Tan Sri melaksanakan tugas sebagai PM selama ini sangat dihargai. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada YAB Tan Sri.
Firman Allah yang bermaksud ;
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad : ayat 7)
Perikatan Nasional Johor bersama ABAH.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Ketua Penerangan Perikatan Nasional Negeri Johor
15 Ogos 2021
Ulasan
Catat Ulasan