Khidmat Malaysia arah anggota siap sedia hadapi banjir


KUALA LUMPUR: Khidmat Malaysia menyeru mangsa banjir berhati-hati dengan kawasan banjir dan tidak mengambil risiko meredah arus banjir.

Ketua Pengarahnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, berkata meredah arus banjir sama ada berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan ringan dikhuatiri membahayakan nyawa.

Katanya, hal ini kerana sukar untuk memastikan kedalaman air dan kekuatan arus deras semasa banjir berlaku.

“Walaupun fenomena hujan lebat bukan perkara luar biasa, namun faktor kewaspadaan perlu dipertingkatkan kerana ia berpotensi membawa fenomena seperti banjir kilat, tanah runtuh dan kepala air,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Khairul Faizi, Khidmat Malaysia menerima laporan berkaitan dengan hujan lebat yang mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa tempat di seluruh negara.

https://harakahdaily.net/index.php/2021/09/21/khidmat-malaysia-arah-anggota-siap-sedia-hadapi-banjir/

Ulasan