TAHNIAH JAS DAN PDRM JOHOR
Tindakan pantas Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dapat menahan empat lelaki termasuk seorang pemilik kilang selepas disyaki melakukan pembuangan sisa industri berjadual ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas perlu diberikan pujian.
Mengikut kenyataan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, kesemua suspek warga tempatan itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
Tahniah juga kepada Keprihatinan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato' Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man yang telah turun sendiri meninjau ke lokasi pencemaran pada petang semalam.
Semoga semua mereka yang ditahan ini akan dibicarakan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal dengan pencemaran yang telah dibuat jika didapati bersalah.
Sekian, wassalam.
KHAIRUL FAIZI BIN AHMAD KAMIL
16 September 2021
Ulasan
Catat Ulasan