TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PENJUAL DAN PEMBELI SIJIL VAKSINASI PALSU



TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL TERHADAP PENJUAL DAN PEMBELI SIJIL VAKSINASI PALSU

'Urusniaga' penjualan sijil vaksinasi nampaknya telah dikesan berlaku di beberapa negeri, di antaranya negeri Terengganu, Kedah, Johor dan Selangor.
Penjualan yang sudah pasti secara haram ini sebenarnya bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah menyusahkan golongan yang menerima vaksin yang sah.
Sebuah klinik di Gombak, Selangor di kenalpasti mengeluarkan 5000 sijil palsu. Bayangkan betapa ramainya golongan yang bergerak dalam komuniti kita yang tidak divaksin tetapi bebas ke sana sini.
Pihak berkuasa bukan sahaja perlu mengambil tindakan tegas terhadap pihak klinik yang terlibat tetapi juga kepada mereka yang terlibat dalam pembelian sijil vaksin ini.
Ini sebagai langkah untuk membendung kegiatan yang akhirnya membawa padah kepada semua golongan masyarakat di dalam negara ini.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
20 Januari 2022

Ulasan