Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi, sah calon Perikatan Nasional Senggarang



Oleh IBNU JANIE

BATU PAHAT, 26 Feb: Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, disahkan sebagai calon Perikatan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke 15.

Perkara ini diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan ini selepas selesai proses penamaan calon yang berlangsung di Dewan Seri Intan, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini, sebentar tadi.

Khairul Faizi berdepan persaingan lima penjuru menentang calon daripada BN, Mohd Yusla Yusof, calon PH-PAN, Abd Hamid Jamah, calon Pejuang, Zalihah Jaffar dan seorang calon bebas.

https://berita.pas.org.my/penolong-setiausaha-agung-pas-khairul-faizi-sah-calon-perikatan-nasional-senggarang/

Ulasan