Calon Terharu Sokongan Pengundi


Semalam, hati saya tersentuh dengan orang lama Senggarang yang menzahirkan sepenuh sokongan tidak berbelah bahagi kepada saya.

Saya meluangkan masa untuk menziarahi Hajah Nafsiah binti Haji Nawawi untuk meminta kata-kata semangat dan sedikit nasihat daripada orang lama yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam kerja dakwah Islam untuk masyarakat di Senggarang.

Masakan tidak, dalam usia yang sudah menjangkau 80 tahun, semangat dan keazamannya tidak pernah pudar walaupun sudah uzur dan berusia. Sangat menginspirasikan.

Ya. Dalam memartabatkan Islam, ia tiada had umur untuk bersara.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat beliau. Terima kasih Hajah Nafsiah.

Ayuh warga Senggarang. Kita bersama-sama membuat perubahan yang lebih baik. Insya-Allah.

Ulasan