Fasa Peralihan Monsun: Langkah berjaga-jaga


PUSAT Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) dalam dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan yang disiarkan baru-baru ini menjangkakan bahawa Fasa Peralihan Monsun akan bermula pada 14 Mac dan berterusan sehingga pertengahan Mei. 

Fasa Peralihan Monsun kini sedang berlangsung bermula 14 Mac jangkaan awal, MetMalaysia mengingatkan masyarakat awam perlu waspada dan mengambil tahu terutama mereka yang berada di negeri Pantai Barat, pedalaman Semenanjung, Barat Sabah dan tengah Sarawak.

Menurut Met Malaysia lagi, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah di mana akan berlakunya kejadian ribut petir yang selalunya akan membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam masa yang singkat.

Perkara ini boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh.

Justeru itu, Khidmat Malaysia menasihatkan masyarakat supaya terus waspada, mengambil langkah berjaga-jaga ketika berhadapan dengan bencana, terpenting sekali untuk menyelamatkan nyawa diri sendiri dan ahli keluarga.

Khidmat Malaysia sentiasa bersedia membantu pihak kerajaan, agensi kerajaan dan masyarakat awam untuk menghulurkan bantuan dalam pelbagai bentuk ketika fasa Peralihan Monsun ini.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia – HARAKAHDAILY 16/3/2022

Ulasan