Alhamdulillah, seawal pukul 5.50 pagi saya telahpun tiba di Pejabat Agung PAS. Sepanjang perjalanan ke pejabat, jalan masih lengang dan hanya perlukan 30 minit sahaja untuk tiba ke destinasi. Jika terlewat sedikit, maka panjanglah masa memegang stereng kereta.
Saya baru sahaja terbaca satu berita tahun 2018 yang disiarkan oleh laman Berita PAS yang bertajuk Ikhlas Berjuang Syarat Meraih Redha Allah.
Pak Daeng Sanusi dalam slot Bicara Murabbi sempena Ijtima’ Tarbawi 6.0 telah menukilkan beberapa peringatan kepada para peserta Ijtima' ;
1. Bilamana kita menyertai perjuangan ini, kita perlu meletakkan sepenuh keyakinan bahawa ianya adalah perintah Allah dalam menuntun (membawa) umat manusia menjadi khalifah di atas muka bumi
2. Segala gerak kerja yang dilakukan sepanjang berada dalam jemaah dikira sebagai ibadah di sisi Allah S.W.T., justeru perlulah dilakukan dengan penuh keikhlasan demi mencapai keredhaanNya.
3. Meskipun mereka terpaksa menempuh ibtila’ (ujian), namun keikhlasan yang tertanam dalam hati akan menguatkan mereka untuk terus istiqamah melaksanakan kerja-kerja Islam.
4. Kalau kita benar-benar beriman pada Allah dan ikhlas dalam perjuangan, maka ranjau dan kesulitan yang kita hadapi akan mendapat keberkatan daripada Allah, sehingga (dikurniakan) rasa selesa dalam perjuangan.
Ya para sahabat, ia adalah peringatan yang sentiasa diingatkan kepada kita semua. Kita akan sentiasa diuji dan diuji. Melepasi sesuatu ujian perlulah bersedia dengan ujian yang bakal mendatang yang akan menguji keikhlasan kita.
Semoga kita terus ikhlas dalam setiap tindakan kita, keikhlasan untuk mencari KeredhaanNya
Ulasan
Catat Ulasan