BANJIR KILAT DI KUALA LUMPUR






PETANG tadi hujan turun lebat di Kuala Lumpur dan seperti yang dijangkakan oleh kakitangan di pejabat saya, kemungkinan akan berlaku banjir kilat sekiranya hujan berterusan turun.

"Kemungkinan besar akan banjir ni, boss"
"Nak balik awal, nampak gaya macam banjir ni..."
Pukul 3 petang hujan sudah mula turun dengan lebatnya.
Daripada laporan media, menunjukkan jalan utama di beberapa lokasi yang teruk terjejas.
Antara kawasan yang terjejas ialah:
Jalan Kuching
Jalan Tunku Abdul Halim
Jalan Sematan
Pintasan Segambut
Jalan Segambut
Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka)
Jalan Changkat Thami Dollah
Lebuhraya Sultan Iskandar
Jalan Travers
Bulatan Dato Onn
Banjir yang berlaku tidak lama tetapi tetap meninggalkan kesan iaitu kepada tuan punya kenderaan yang tenggelam dan sampah sarap yang ditinggalkan di atas jalanraya yang terkesan dengan banjir kilat tadi.
Setakat ini, tiada laporan kemalangan jiwa.
Semoga warga KL khususnya yang dalam perjalanan pulang bekerja tadi dan terperangkap di dalam banjir.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
23Ramadhan 1443 / 25 April 2022

Ulasan