Alhamdulillah, kali kedua saya dapat menyertai majlis penyerahan sumbangan kepada para kakitangan dan petugas Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang bertugas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.
Petang semalam, beberapa penyumbang telah menyampaikan sumbangan mereka iaitu Timbalan Presiden PAS merangkap Menteri KASA, Dato' Seri Ustaz Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat Ir Haji Khairil Nizam bin Khiruddin, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat merangkap Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mohammad Sanusi bin Md Nor, Timbalan Menteri Pertanian Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi bin Salleh dan AJK PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan.
Ir Haji Khairil Nizam bin Khiruddin telah hadir sendiri untuk membuat penyerahan manakala yang lainnya telah mewakilkan saya untuk membuat penyerahan kepada para kakitangan dan petugas yang terlibat.
Ulasan
Catat Ulasan