PASLEAK : BERITA SAMPAH YANG DICIPTA OLEH ORANG SAMPAH

 


Assalamualaikum warahmatullah,

Sejak beberapa yang lalu, tular satu 'posting' yang kononnya ada perbincangan yang melibatkan pimpinan PAS yang ingin menjatuhkan BN. Asalnya, ditularkan kononnya wujud perbincangan dalaman untuk menjatuhkan UMNO dan BN seperti yang didakwa terkandung dalam satu dokumen minit mesyuarat dan ianya melibatkan mesyuarat PN bukannya mesyuarat PAS.


Setelah dinafikan oleh Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa tiada apa-apa mesyuarat yang membincangkan perkara melainkan mesyuarat berkaitan dengan 'post mortem' PRN Johor maka dokumen ini cuba untuk dikaitkan pula dengan mesyuarat PAS dan terciptalah apa yang dipanggil sebagai "PASleaks"


Naib-Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Haji Idris Ahmad dan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar juga telah membuat penafian dan melebelkan berita ini sebagai SAMPAH yang tidak perlu dipercayai.


Dokumen palsu yang berstatus sampah ini walau bagaimanapun di pandang serius oleh mereka yang berstatus pemimpin tertinggi dan memberikan ulasan terhadap berita sampah ini sehingga ada yang mencabar pemimpin PAS membuat laporan polis.


Saya suka membaca respon beberapa pimpinan UMNO terhadap isu ini. Pertamanya, respon Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang hanya menjawab bahawa "Kita pun tidak tahu dokumen itu betul atau tidak" manakala Tan Sri Annuar Musa pula memberikan respon yang bersahaja terhadap dokumen sampah ini.


Berbanding dengan Presiden UMNO yang menulis di Facebooknya, dengan menyatakan bahawa "Apakah kandungan 'PASLeak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera! Jangan mudah terpedaya!


Nampak serius sangat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan berita bersatus sampah ini. Sebaiknya sebagai seorang Pemimpin tertinggi parti, selidik dahulu kesahihan berita ini dan berilah respon setelah berita disahihkan.


Berita sampah dicipta oleh mereka yang berstatus sampah. Mereka tidak kira Ramadhan atau tidak, berita fitnah terus jadi mainan politik, bukannya mahu mengajak rakyat khususnya umat Islam menghayati kelebihan Ramadhan dan memburu Lalatul Qadar.


Jangan kita jadi sampah seperti mereka.


Salam Ramadhan semua, malam ini malam ke 25 Ramadhan. Mungkin Lalatul Qadar akan menjelma malam ini. Rebutlah peluang keemasan ini kerana belum tentu kita akan bertemu Ramadhan yang akan datang.


Wassalam.


Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
24 Ramadhan 1443 / 26 April 2022

Ulasan