AHMAD BASHAH AKUI LULUSKAN PROJEK MUSANG KING


Setelah kita melalui tempoh perdebatan dan perbincangan siapakah yang sebenarnya meluluskan Projek Musang King di Gunung Inas sehingga menyebabkan kejadian kepala air dan banjir lumpur di Kampung Iboi yang meragut tiga nyawa serta menjejaskan lebih 800 penduduk pada 4 Julai lalu, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akhirnya mengesahkan pentadbirannya menerima cadangan dikemukakan ECK Development Sdn Bhd.

Beliau memaklumkan bahawa tidak boleh mengambil keputusan semberono dalam menentukan dan memutuskan projek tersebut kerana perlu melalui beberapa peringkat penelitian dan mesyuarat khas di peringkat kerajaan.

Saya hargai kenyataan Ahmad Bashah yang membuat pengakuan ini walaupun mungkin akan menjadi sasaran khususnya golongan netizen.

Sejak berlakunya bencana banjir tersebut, ramai yang mula mencari punca sebenar dan siapakah yang mesti bertanggung jawab terhadap insiden tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan cara YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memohon maaf bagi pihak negeri Kedah kepada penduduk yang terjejas tanpa meletakkan kepada mana-mana MB terdahulu atau mana-mana pihak.

Bukan masanya untuk menuding jari tetapi nasib rakyat yang terkesan perlu dibela. Ini adalah salah satu contoh sikap Pemimpin yang wajar dicontohi.

Sekian.

KFAK

Ulasan