Sejak bila agaknya Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik menjadi Jurucakap Perdana Menteri?
Menteri dari PAS ada 3 orang, DS Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Menteri KASA), Datuk Ustaz Idris bin Ahmad (Menteri Agama) dan DS Haji Takiyuddin Hassan (Menteri KeTSA), yang mana satu agaknya yang nak dimaksudkan?
Nur Jazlan bila keluar kenyataan jika tak tuju pada PAS memang tak lengkap hidup dia agaknya.
Sebelum ini saya terfikir agaknya Nur Jazlan agaknya dari awal lagi tidak suka pada PAS sebab kenyataan dia yang negatif terhadap PAS.
Tetapi bila baca kenyataan di bawah ini, maka sahlah memang dia tak dapat terima PAS sejak awal lagi.
“Sebab itulah saya sejak dulu lagi tak pernah percayakan pemimpin PAS. Mereka hanya tahu menangguk di air keruh dan sanggup mempergunakan sesiapa sahaja untuk kepentingan diri serta politik".
Tiba-tiba keluar kenyataan kononnya PM tanggung beban kerana ada Menteri PAS Cap Ayam. Teringin nak jadi Jurucakap PM agaknya...
Ulasan
Catat Ulasan