Saya menerima jemputan dari Ketua Pemuda Abdul Malik II dan Timb. Ketua Mohd Aliman Ismail semasa kami berada di Sudan baru-baru ini.
Antara isi kandungan ucapan saya ;
1. Tugas Pemuda adalah untuk mempertahankan Kelantan, Parlimen KB dan ketiga-tiga DUN yang terletak di dalam Parlimen KB.
2. Pemuda mesti mendekati anak² muda yang pelbagai latar belakang mereka sama ada yang berada di Kelantan atau luar Kelantan. Perlu pertingkatkan penguasaan medsos dan jaringan bersemuka.
3. Pemuda mesti mendepani isu² rakyat, menjadi suara rakyat walaupun kita adalah kerajaan di Kelantan.
4. Mesti membina hubungan dengan pelbagai agensi anak muda dan persatuan yang berada di KB.
5. Pemuda perlu sentiasa bersedia mempertahankan parti dan kerajaan. Perlu menjadi lidah kerajaan dengan maklumat yang tepat dari sumber kerajaan dan parti.
Wassalam
KFAK
Ulasan
Catat Ulasan