TAHNIAH PERDANA MENTERI! BERUCAP DALAM BAHASA MELAYU DI PBB



Saya berbangga dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berjaya mencipta satu lagi sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar iaitu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Almarhum Tun Dr Ismail Abdul Rahman, mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (September 1970 hingga Ogos 1973) ketika bertugas sebagai duta pertama Malaysia ke Amerika Syarikat dan PBB, adalah orang Malaysia Pertama berucap dalam Bahasa Melayu di PBB pada September 1957, tidak sampai sebulan selepas negara mencapai kemerdekaan.

PM membangkitkan isu krisis dunia.

Teguran terhadap PBB yang menyebut masalah yang PALING BESAR Majlis Keselamatan yang menggunakan KUASA VETO yang seringkali disalahdigunakan, tidak demokratik dan melanggar prinsip asas demokrasi yang menyebabkan konflik dan krisis tidak dapat diselesaikan.

Tahniah PM!

Ulasan