KENYATAAN MEDIA: AMARAN HUJAN BERTERUSAN, TINGKATKAN KEWASPADAAN




KENYATAAN MEDIA:
AMARAN HUJAN BERTERUSAN, TINGKATKAN KEWASPADAAN

1. Pusat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) cakna dengan perkembangan cuaca sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

2. Menurut MET Malaysia, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dalam tempoh Khamis, 19 Januari 2023 sehingga Sabtu, 21 Januari 2023. Dalam perkembangan lain, MET Malaysia turut melaporkan ramalan cuaca yang mana hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang (Kuantan) dalam tempoh Jumaat, 20 Januari 2023 sehingga Ahad, 22 Januari 2023

3. Justeru, Khidmat Malaysia mengingatkan kepada seluruh penduduk di sekitar daerah yang dilaporkan dalam ramalan MET Malaysia supaya meningkatkan kewaspadaan dan keselamatan diri dan keluarga sepanjang tempoh yang dijangkakan berlakunya hujan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.

4. Dalam masa yang sama Khidmat Malaysia telah meletakkan jentera Khidmat Malaysia di negeri-negeri terbabit dalam status berjaga-jaga bagi menangani situasi yang dijangkakan berlaku di kawasan terbabit seperti banjir dan sebagainya.

Sekian. Wassalam.

“BERKHIDMAT UNTUK KEMANUSIAN, BERAMAL KERANA ALLAH”
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
Ketua Pengarah Khidmat Malaysia
Tarikh : 25 Jamadil Akhir 1444 / 18 Januari 2023

Ulasan