Kelantan sumbang RM100,000 bantu mangsa gempa bumi




KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu mangsa gempa bumi di Turki dan Syria.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, sumbangan itu sebagai tanda solidariti rakyat Kelantan terhadap mangsa gempa bumi yang kini mengorbankan lebih 40,000 nyawa dan puluhan ribu lagi mengalami kecederaan.

“Sementara jumlah mangsa yang kehilangan tempat tinggal mencecah lebih sejuta,” katanya pada kenyataan hari ini.

Oleh itu beliau berharap usaha pasukan keselamatan dan sukarelawan yang terbabit operasi mencari dan menyelamat serta pemulihan pasca bencana dapat bertugas dengan lancar. – HARAKAHDAILY 18/2/2023

Ulasan