Penjawat awam bukan musuh kerajaan




DALAM Sidang Parlimen minggu lepas ada dibangkitkan isu berkenaan penjawat awam oleh YB Pagoh dan YB Putrajaya.
Ada senarai pegawai kanan Jusa B ke atas yang terlibat dalam pertukaran kementerian.

Ada beberapa pegawai kanan dan pegawai tertinggi perkhidmatan awam diletakkan ke dalam ‘pool’ atau Jawatan Kumpulan.

Ada jawatan-jawatan tertinggi Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) yang belum lagi diisi.

Ada 20 orang ketua-ketua jabatan terdiri daripada Ketua Setiausaha dan sebagainya masih lagi diletakkan di dalam pool di JPA.

Ada KSU Kanan yang terbukti menjalankan tugas dengan cemerlang diletakkan di kementerian yang jauh lebih kecil dengan jawatan yang tidak setara.

Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1998, ada digariskan panduan bagi menguruskan pegawai berprestasi rendah dan pegawai yang bermasalah.

Menukarkan jabatan mereka atau meletakkan mereka ke dalam pool adalah langkah terakhir setelah mereka mendapat peluang budi bicara yang sewajarnya.

Sebelumnya, mereka berhak diambil tindakan dalam perbincangan atau perundingan, amaran lisan, dan amaran bertulis.

Jika sakit, boleh dirujuk ke lembaga perubatan, kaunseling dan hospital sekiranya ada sakit yang berpanjangan, kanser atau sakit yang setaraf. Bahkan sakit mental juga termasuk.

Bayangkan jika mereka tidak buat kesalahan besar atau berprestasi teruk, bukankah tindakan Kerajaan PH-BN ini adalah sangat tidak adil, memberi gambaran negatif dan menganiayai mereka yang terlibat?

USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/2/2023

Ulasan