Teruskan menyokong RUU355




PERJUANGAN ke arah pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) atau RUU355 sejak Mac 2015 akan terus digerakkan oleh PAS dan seluruh umat Islam yang memahami agamanya.
Usul yang pertama kali dibacakan oleh Tuan Guru Presiden PAS pada Mei 2016 ini hakikatnya hanya tinggal selangkah ke Parlimen pada hujung sidang Oktober 2022 lalu.

Pastinya, usaha ini tidak mudah. RUU355 ini melibatkan syariah yang berada di bawah kuasa Raja-raja Melayu. Negerilah yang akan buat pertimbangan dan pindaan susulan sama ada untuk mengekalkan atau meminda hukuman bagi kesalahan jenayah syariah di negeri masing-masing selepas RUU355 diluluskan.

Alhamdulillah. Hasil komitmen Dr. Zulkifli, Ustaz Idris, YB Marzuk serta semua pihak yang bersama, draf RUU 355 telah berjaya dibentangkan kepada negeri-negeri pada 11 hingga 12 Oktober 2021.

Cadangan yang dikemukakan oleh negeri-negeri ini juga telah diangkat ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal pada 29 Mac 2022.

Akhirnya, pada 26 Ogos 2022, Jemaah Menteri bersetuju secara prinsip dengan cadangan penggubalan RUU355. Draf tersebut telah disemak dan diluluskan oleh Bahagian Gubalan, Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober 2022. Alhamdulillah.

Kini, RUU355 sudah siap dan sedia dibawa oleh mana-mana parti politik yang memegang kerajaan selepas PRU15.

Justeru, besar harapan PAS serta umat Islam agar RUU ini dapat diluluskan.

Dan pastinya ia akan menjadi kejayaan serta kemenangan buat rakyat yang telah menyokong perjuangan RUU355 sejak sekian lama. Himpunan kita di Padang Merbok membuahkan hasil! Teruskan menyokong RUU355.

MUNA ADILA CHE RIME
Exco Penerangan Ameerah Malaysia – HARAKAHDAILY 17/2/2023

Ulasan