Sahabat,
1. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah سبحانه وتعالى menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun hingga menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.
2. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku ketika Nabi Muhammad ﷺ berusia 41 tahun iaitu pada malam Jumaat 17 Ramadhan, bersamaan dengan tarikh 6 Ogos 610M, sewaktu Baginda sedang beribadat di dalam Gua Hira.
3. Perkataan “Nuzul” bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Ayat Al-Quran yang pertama sekali diturunkan Allah سبحانه وتعالى kepada Nabi Muhammad ﷺ melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
4. Firman Allah سبحانه وتعالى:
بِسْمِ ٱللَّـهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱقْرَأْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ ٱقْرَأْ وَرَبُّكَ ٱلْأَكْرَمُ ﴿٣﴾ ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ ٱلْإِنسَـٰنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, – (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, – (4) Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5).”
[Surah Al-Alaq (96): Ayat 1-5].
5. Justeru marilah kita semua bersama-sama menyemarakkan hidup dengan memperbanyakkan membaca, mentadabbur dan menghayati isi kandungan Al-Quran supaya hidup kita benar-benar dipandu dengan sebaiknya.
Selamat menyambut Nuzul Quran 1444H.
KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL
www.khairulfaizi.com.my
Ulasan
Catat Ulasan