PETALING JAYA: Seorang lelaki menimbulkan kekecohan awal pagi tadi apabila bertindak membaling batu sehingga mengakibatkan pintu cermin di pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut, di ibu negara pecah.
Tindakan lelaki yang menaiki motosikal itu disedari pengawal keselamatan yang bertugas di premis itu kira-kira jam 5.30 pagi sebelum menghubungi balai polis berdekatan.
Artikel berkaitan: PRN 2023: Lelaki ditahan terbangkan dron atas kepala penyokong
Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil tindakan lelaki itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan disaksikan gelandangan yang tidur berhampiran premis berkenaan.
“Pada mulanya lelaki itu dikatakan membuat provokasi dalam bahasa yang tidak difahami sebelum bertindak membaling batu,” katanya.
Suspek itu kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikalnya.
Dia dipercayai bertindak seorang diri.
Jelasnya, pihak pejabat PAS pusat telahpun membuat laporan dan menyerahkan siasatan kepada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian.
Ulasan
Catat Ulasan