DAP yang tidak bermaruah dan tiada integriti


MAKA benarlah kata rakyat bahawa tiada apa yang boleh dipercayakan lagi dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional ini. Apabila mereka berjanji mereka berbohong, apabila mereka memegang amanah mereka khianat. Itulah sifat PH-BN yang semakin jelas di mata rakyat pada hari ini.

Ramai terkejut dan kecewa dengan tindakan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan daripada DAP, YB Nga Kor Ming yang tergamak secara terang-terangan meletakkan logo parti DAP dan HARAPAN dalam program rasmi kementerian ketika memberikan sumbangan kepada sekolah-sekolah Cina.

Perkara ini jelas tidak bermoral apabila menggunakan dana Kerajaan demi kepentingan ‘mileage’ politik DAP sendiri. Di mana tata kelola yang sering dilaungkan oleh Perdana Menteri ke-10 (PMX) dalam siri-siri ceramah politik beliau setiap hari?

Adakah di zaman PH-BN atau Madani ini, para Menteri dibenarkan untuk mempergunakan duit rakyat dan duit Kerajaan Malaysia untuk kempen politik parti DAP di dalam premis Kerajaan?

Apa dasar tata kelola PMX yang sebenarnya? Apakah ini bentuk ‘reformasi’ tata kelola yang diidamkan oleh PMX, PKR serta DAP ke atas Kerajaan Malaysia ini?

Apa yang lebih merisaukan ialah para penyokong PH yang selama ini menghentam keras sebahagian pemimpin Umno yang korup sehingga sanggup bertempur dengan pihak polis atas nama tata kelola dan tadbir urus kini diam membisu membiarkan duit rakyat dipergunakan oleh Menteri DAP demi kepentingan politik parti DAP.

Di manakah para reformis yang berjuang selama ini? Di manakah asatizah pro rakyat dan demokrasi yang menghentam Kerajaan Umno selama ini? Di manakah NGO-NGO demokrasi yang tegar melawan sebahagian pemimpin Umno yang korup suatu ketika dahulu? Di manakah akhbar-akhbar berita alternatif yang selama ini sepantas kilat membongkar skandal sebahagian pemimpin Umno yang korup dahulu?

Atau laungan reformasi, keadilan, integriti, pentadbiran yang telus selama ini hanyalah retorika politik semata-mata demi memancing undi kerana hakikatnya DAP serta PH ini sedikitpun tiada berbeza dengan sebahagian pemimpin Umno yang korup itu?

Sedarlah duhai rakyat Malaysia, tiada apa yang boleh diharapkan dengan Pakatan Harapan ini. Mereka hanya tahu merebut kuasa dan menggunakan kuasa yang ada demi kepentingan politik mereka.

Akhirnya, tanggungjawab untuk memperbetulkan negara ini kembali kepada tangan rakyat juga. Marilah kita bersama PERIKATAN NASIONAL, kita jadi pembangkang yang bertanggungjawab dan pengkritik yang hebat sehingga tiada lagi ruang untuk mereka rosakkan negara yang kita cintai ini.

Salam perjuangan, demi Malaysia tercinta.

Sekian.

ZURK AHMAD
Ketua Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
22 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 22/8/2023

Ulasan