KENYATAAN Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mendakwa Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana isu hudud dan negara Islam kononnya satu pembohongan semata-mata adalah satu kenyataan yang lahir dari seorang yang biasa menipu.
Tuduhan ini lahir dari seorang yang sudah biasa menipu dan kita sedia maklum yang terdapat banyak kenyataan Presiden Amanah sebelum ini jelas menipu rakyat dan ahli partinya sendiri.
Pembohongan paling jelas adalah pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Presiden Amanah telah mengutuk dan menghina Umno serta Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, namun itu hanya lakonan semata-mata kerana selepas PRU15, Amanah telah memilih untuk bersama Umno tanpa ada rasa bersalah.
Rakyat Malaysia dan ahli-ahli PAS pasti masih ingat kata-kata Mat Sabu dalam satu ceramah semasa beliau masih bersama PAS, “masa nanti Abang Mat dah keluar dari perjuangan ini, jangan ikut Abang Mat kerana mungkin masa itu Abang Mat dah tidak siuman”.
Untuk pengetahuan semua pihak, PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan malah sejarah PAS memilih untuk tidak bersama DAP juga adalah kerana prinsip ini.
Hari ini, mereka yang mengutuk PAS kononnya mahu bersama Umno untuk kuasa adalah mereka yang berada dalam Kerajaan Madani PH-Umno.
Ini juga adalah satu pembohongan kepada rakyat.
“Malaysia Sejahtera”
YB Ir. Ts. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
30 Ogos 2023 – HARAKAHDAILY 30/8/2023
Ulasan
Catat Ulasan