BACA TAJUK TAPI TAK NAK BACA ISI BERITA DAN PUNCA BERITA


Saya lihat penyokong Kerajaan Perpaduan cuba jadikan tajuk berita "Malaysia berkecuali dalam krisis di Timur Tengah: Abdul Hadi" sebagai gambaran sikap PAS yang kononnya tidak mahu bertegas tentang isu yang sedang dihadapi oleh saudara kita di Palestin.

Teruk TGHH kena cerca dan maki akibat hanya baca tajuk berita. Tapi bukanlah pelik sangat pun sebab memang sikap para penyokong mereka begitu.
Ok, berita yang disiarkan oleh Sinar Harian Online sebenarnya dipetik dari kertas kerja yang dibentangkan oleh Tuan Guru Presiden PAS di Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam SosioPolitik (CIMS 2021) pada 25 Februari 2021 yang dianjurkan oleh UKM, TSIS Terengganu dan YADIM.



Antara kandungan ucapan ;

"Malaysia juga tidak berpihak dalam krisis antara negara sahabat di Timur Tengah, tetapi lebih mengharapkan usaha penyelesaian dan menjaga perpaduannya. Maka pengaruh gerakan Arab Spring di Malaysia yang cuba dilakukan tidak mendapat sambutan"

"Penyelesaian Islam hendaklah menjadi pilihan setelah gagalnya ideologi ciptaan manusia yang diimport, khususnya di Timur Tengah yang dahulunya berpecah belah mengikut ideologi blok Perang Dingin"

"Adalah satu kebebalan apabila krisis Timur Tengah bagi menyelesaikan isu Palestin itu berimamkan kepada bekas penjajah. Begitu juga apabila berlaku krisis Teluk, musuh pula yang dijemput bukannya hendak berdamai dengan negara sahabat seagama dan berjiran tetangga. Kawan dijadikan musuh, musuh pula dijadikan kawan"

Kenalah rajin sikit membaca...

KFAK

Ulasan