KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini tetap bersama perjuangan rakyat Palestin biarpun menang atau kalah ketika berdepan keganasan Zionis Israel.
“Menang kamu (Palestin) bermakna menang kami di sini juga menang, begitu juga kalau kamu kalah, kami di sini juga kalah,” kata Timbalan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada himpunan solidariti Palestin di Jalan Tun Razak hari ini.
Hadir sama Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pimpinan Perikatan Nasional, Presiden Parti Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, wakil-wakil NGO dan pendakwah.
Tuan Ibrahim turut memberi amaran jangan ada pihak di negara ini yang cuba bersekongkol dengan Zionis Israel dan Amerika Syarikat.
Menurutnya juga ribuan yang hadir pada himpunan hari ini sebagai menggambarkan rakyat Malaysia tetap bersama umat Islam di Palestin dalam apa sahaja situasi.
“Kita akan terus bermunajat dan berdoa setiap malam untuk membebaskan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis Yahudi,” katanya pada ucapan bersemangat pada himpunan tersebut. – HARAKAHDAILY 28/10/2023
Ulasan
Catat Ulasan