Wanita Palestin menangisi kematian ahli keluarganya yang dibunuh militia Kristian sayap kanan, Parti Phalange.
BEIRUT: Zaineb Saab mengunci pintu rumahnya dan sedaya upaya tidak mengeluarkan sebarang bunyi ketika pembunuhan bermula di Sabra dan Shatila, dua kawasan kejiranan yang menempatkan kem pelarian Palestin di ibu negara Lubnan, Beirut.
Pada 16 September 1982, anggota militia Kristian sayap kanan, Parti Phalange, bekerjasama dengan tentera Israel membunuh antara 2,000 dan 3,500 orang awam Lubnan dan Palestin yang beragama Islam.
Zaineb berkata, ketika pembunuhan beramai-ramai yang berlaku selama tiga hari, dia mendengar suara jirannya menjerit tetapi tiada tembakan. Kebanyakan mangsa disembelih dengan pisau.
“Mereka terus masuk ke rumah penduduk dan membunuh mereka,” katanya.
Lebih empat dekad kemudian, Zaineb dan mangsa lain yang terselamat berkata pengeboman berterusan Israel ke atas Gaza membangkitkan kembali kenangan terburuk mereka, mengimbau kembali hari-hari mengerikan untuk Sabra dan Shatila.
Pembunuhan beramai-ramai itu adalah antara episod keganasan yang paling mengerikan terhadap pelarian Palestin sejak diusir dari tanah air mereka ketika negara haram Israel ditubuhkan pada 1948.
Namun penduduk Sabra dan Shatila berkata bahawa apa yang mereka lalui ketika itu tidak seburuk dengan keganasan mengejutkan yang berlaku di Gaza sekarang.
Lebih 6,000 rakyat Palestin terbunuh sepanjang 20 hari pengeboman, termasuk lebih 2,000 kanak-kanak. Lebih separuh daripada penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal. Kebanyakan rumah dan infrastruktur seperti sekolah, universiti dan hospital, rosak atau musnah dalam pengeboman Israel sejak 7 Oktober, apabila pejuang Hamas menyerang selatan Israel, membunuh 1,400 orang.
“Ketika melihat apa yang berlaku di Gaza, kita teringat pembunuhan beramai-ramai di sini. Namun, ia tidak sama. Gaza lebih teruk,” kata Zaineb.Penduduk Palestin yang terlalu sedih dengan kematian ahli keluarganya yang menjadi mangsa pengeboman Israel.
Mimpi ngeri zaman kanak-kanak
Di rumah Majdi Majzoub di kem, adegan dramatik kanak-kanak Palestin diselamatkan dari runtuhan selepas serangan udara Israel memusnahkan rumah mereka di Gaza ditayangkan di televisyen.
Ini membawanya kembali ke masa ketika 41 tahun lalu, dia adalah antara kanak-kanak yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai Israel.
Menjelang 1 September, PLO berpindah ke Tunisia, manakala pasukan tentera pelbagai negara dikerahkan untuk melindungi orang awam di Sabra dan Shatila. Namun pasukan itu, meninggalkan Lubnan selepas hanya 10 hari membolehkan Israel mengepung kem.
Dua minggu kemudian, Majdi berkata, Israel mengerahkan lebih banyak kereta kebal dan kenderaan tentera di sekitar kem. Peningkatan kehadiran tentera berlaku dua hari selepas pembunuhan misteri pemimpin Parti Phalange, Bashir Gemayel.
Pada masa itu, tiada siapa yang tahu siapa yang membunuh Gemayel. Namun ahli parti itu menyalahkan rakyat Palestin menyebabkan mereka tidak sabar-sabar untuk membalas dendam.
Apabila pembunuhan bermula di Sabra dan Shatila, Majdi berkata dia melihat sebuah helikopter Israel terbang di atas kem untuk memandu arah pejuang Phalange ketika mereka membunuh orang awam.
Dia juga masih ingat bersembunyi di masjid bersama adik-beradiknya dalam keadaan mereka diam dan diam, supaya mereka tidak didengari.
“Terdapat kira-kira 200 orang bersembunyi bersama kami. Saya masih ingat sekumpulan pemuda yang meninggalkan masjid untuk cuba menjelaskan bahawa tiada pejuang (PLO) di kem itu. Semua pemuda itu dibunuh,” katanya.
Pada malam itu, Majdi dan adik-beradiknya melarikan diri dari kem dan bertemu semula dengan ibu bapa mereka, yang melawat saudara-mara di tempat lain di Beirut ketika pembunuhan beramai-ramai berlaku.
Mengimbas kembali, Majdi menganggap dirinya bertuah berbanding orang awam di Gaza, yang disifatkan kumpulan hak asasi manusia sebagai `penjara terbuka’ apabila 2.2 juta orang dilarang meninggalkan wilayah itu tanpa kebenaran Israel atau Mesir. Kebenaran jika dipohon pun sukar diperoleh.
Israel mengetatkan kepungan yang mencekik ke atas Gaza dengan memotong bahan api, air dan bekalan makanan sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober. Menurut pakar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, taktik Israel mungkin merupakan jenayah perang,
“Rakyat Palestin di Sabra dan Shatila telah disingkirkan dari rumah mereka pada 1948 seperti rakyat Palestin di Gaza. Orang Israel cuba `menghabiskan’ kami pada tahun 1982. Mereka kini cuba melakukan perkara yang sama kepada rakyat Palestin di Gaza,” kata Majdi, 51.Majlis memperingati tragedi Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan pada 2022.
Satu lagi genosid
Pada Disember 1982, Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan pembunuhan beramai-ramai Sabra dan Shatila sebagai tindakan pembunuhan beramai-ramai.
Menurut saksi dan wartawan, Phalange membunuh wanita hamil dan merobek janin mereka.
Seorang mangsa Palestin yang terselamat, Abou Ahmed, berkata dia mengingati dengan jelas mayat orang ramai yang bertimbun di jalan berliku dan sempit di kem itu.
Dia menambah bahawa dia mempertaruhkan nyawanya untuk membawa mangsa yang cedera di atas pengusung ke Dahiya, kejiranan berdekatan di selatan Beirut.
“Mereka membunuh semua orang dan melakukannya secara rambang. Saya menyalahkan Israel. Merekalah yang sepatutnya melindungi kem itu,” katanya di Shatila.
Abou Ahmed menambah bahawa jika bukan kerana beberapa wartawan, maka tiada siapa akan tahu apa yang berlaku di Sabra dan Shatila.
Dia sentiasa percaya bahawa jika lebih ramai orang tahu bahawa pembunuhan beramai-ramai sedang berlaku pada masa nyata, maka dunia akan campur tangan untuk menghentikannya. Namun, katanya keganasan yang berterusan di Gaza telah mengubah fikirannya.
“Seluruh dunia memprotes, tetapi tiada siapa yang bertindak balas atau melakukan apa-apa,” katanya.
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dan Presiden Kesatuan Eropah, Ursula von der Leyen, memberikan sokongan diplomatik penuh terhadap serangan membabi buta Israel, walaupun PBB telah memberi amaran bahawa rakyat Palestin menghadapi risiko sebenar pembunuhan beramai-ramai.
Zaineb, Majdi dan Abou Ahmed, bersetuju dengan penilaian PBB.
“Ini bukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza. Ia satu genosid. Ia adalah keganasan terburuk yang pernah kita lihat dalam sejarah Palestin,” kata Abou Ahmed.
Ulasan
Catat Ulasan