Muhyiddin cadang tak pertahankan jawatan


SHAH ALAM: “Saya bercadang untuk tidak menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden BERSATU pada tahun hadapan (2024).”

Itu pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau bercadang tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya kini dalam pemilihan parti berkenaan pada masa akan datang.

Beliau mengumumkan perkara berkenaan ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agun
g Tahunan (PAT) Bersatu 2023 kali ke-6 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, hari ini.


Menurutnya, keputusannya itu adalah bagi memberi peluang kepada pemimpin pelapis bagi menerajui parti itu, dan apa yang penting parti itu adalah untuk terus kukuh dalam menghadapi perjuangan pada masa akan datang.

“Walaupun saya bercadang untuk tidak lagi menawarkan diri bertanding sebagai Presiden Bersatu, tetapi saya akan tetap kekal sebagai ahlinya sampai bila-bila,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung Bersatu, Dato’ Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad; dan Ahli Parlimen Langkawi, Dato’ Haji Mohd Suhaimi Abdullah.

Tambah Muhyiddin, cadangan tersebut dilakukan supaya tidak mahu membiarkan Bersatu hanya bergantung kepada satu pemimpin semata-mata.

“Lagipun terdapat ramai lagi tokoh politik yang berkaliber dalam Bersatu yang layak untuk memegang jawatan tersebut,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/11/2023

Ulasan