ALHAMDULILLAH, tengahari tadi secara rasminya Tabung Musa’adah Khidmat Malaysia dilancarkan oleh Dato’ Seri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Krian merangkap Timbalan Presiden PAS.
Tabung bantuan bencana telah beberapa kali dilancarkan apabila tiba musim banjir cuma kali ini, di atas inisiatif Pengerusi Khidmat Malaysia yang baharu, YB Datuk Dr Ustaz Marzuk Shaary, tabung ini dikenali sebagai Tabung Musa’adah.
Sasaran minima dengan mengambil iktibar pengalaman yang lalu, Khidmat Malaysia menganggarkan sekurang-kurangnya sebanyak RM1,000,000.00 diperlukan untuk menggerakkan operasi dan bantuan bencana banjir pada kali ini.
Khidmat Malaysia mensasarkan RM500,000 untuk fasa pertama dalam tempoh sebulan bermula hari ini.
Hulurkan sumbangan anda ke akaun Khidmat Malaysia untuk membantu mangsa bencana banjir dan sukarelawan yang terlibat.
Jom hulurkan sumbangan anda!
PENGURUSAN KECEMASAN DAN BENCANA MALAYSIA (KHIDMAT MALAYSIA)
PAS Pusat – HARAKAHDAILY 23/11/2023
Ulasan
Catat Ulasan